Wednesday 19 September 2012

pelajar perempuan koma sejak enam hari


*Gambar Sekadar Hiasan

SUNGAI SIPUT: Seorang pelajar perempuan koma sejak enam hari lalu apabila motosikal ditungganginya terjerumus ke dalam lubang ketika dalam perjalanan ke sekolah, pagi Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa, Nor Amirah Ghazali, 18, dari Rancangan Perumahan Awam (RPA) Lasah, parah di kepala selepas terbabit kemalangan di Jalan Lintang berhadapan Taman Lintang Perdana.



Difahamkan, kejadian berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa gagal mengelak lubang di laluan yang tidak diturap dengan sempurna menyebabkan mangsa terpelanting.

Mangsa yang juga pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Tok Muda Abdul Aziz terpaksa dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, selepas mengalami pendarahan di kepala, selain keadaan tulang tengkuk yang retak teruk.

Bagaimanapun mangsa menunjukkan perkembangan positif, termasuk sudah mampu menggerakkan kaki dan tangan biarpun masih gagal membuka mata serta bercakap.

Bapa mangsa, Ghazali Ismail, 59, ketika dihubungi semalam berkata, anaknya kini masih dirawat di hospital dan berada dalam keadaan membimbangkan biarpun doktor mengesahkan sudah berjaya mengeluarkan darah beku berkenaan.

Dia dan isteri, Khairul Bariah Mohd Noor, 54, tidak henti berdoa dan berharap anak bongsunya itu segera pulih dan dapat meneruskan alam persekolahan seperti biasa.


“Buat masa ini, kami masih bimbangkan keadaannya. Doktor yang merawat Amirah juga dijangka membuat imbasan pada bahagian tengkuknya.

Saya sudah membuat laporan di Balai Polis Sungai Siput bagi membolehkan siasatan dilakukan berkaitan laluan berbahaya itu sehingga mengundang kecederaan kepada anak saya,” katanya.

Dia juga akan mengambil tindakan udang-undang terhadap pihak yang membiarkan laluan itu tidak diturap dengan baik sehingga mengundang kemalangan serius.


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam yang melawat lokasi kejadian kesal tindakan pihak tertentu membiarkan laluan itu rosak dan tidak berturap.

Saya meminta agensi berkaitan peka dengan masalah laluan tidak berturap dan mendap di beberapa laluan utama di daerah ini kerana ia boleh mengundang kemalangan kepada pengguna jalan raya.
“Saya sudah melawat lokasi kejadian itu dan mendapati laluan berbahaya itu masih mendap dan rosak biarpun ia sudah diturap dengan tar sehari selepas insiden itu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/19Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

Thursday 6 September 2012

BUKTI KEZALIMAN UMNO





BUKTI KEZALIMAN UMNO SELAMA 42 TAHUN...!? 
Sahabat semua. Jom kita lihat kat bawah ini bukti kezaliman UMNO selama 42 tahun menerajui kerjaan:- 

Pendapatan kasar Negara tahun 1970 RM12.75 billion sekarang RM830 billion. 

Pendapatan Per Kapita tahun 1970 RM1,070 sekarang RM29,225. 
~ Kadar Kemiskinan tahun 1970 - 49.3% sekarang 3.8%
~ Bilangan sekolah tahun 1970 - 5,109 buah sekarang 10,019 buah. 
~ Bilangan universiti tahun1970 - 3 buah sekarang 59 buah
~ Bilangan Hospital tahun 1970 -126 buah sekarang 376 buah
~ Purata Jangka Hayat tahun 1970 - 63.6 tahun sekarang 74.1 tahun
~ Pelaburan asing tahun 1970-RM212 juta sekarang RM32.9 billion. 
~ Populasi tahun 1970 10.9 juta sekarang 28.4 juta
~ Kematian bayi bagi setiap 1000 kelahiran hidup tahun 1970 - 39.4 orang sekarang cuma 7 orang
~ Jumlah subsidi setahun RM33 billion. 
Bermakna setiap rakyat mendapat secara purata RM7,560 setahun subsidi seorang, tua muda dan pelbagai kaum. Itu belum masuk BRIM, KRIM, PRIMA, BBIM, KARISMA, KlIM, SLIM, SARA1, Menu Rakyat, whoaaa...letih tangan mahu taip. NKRA.7 bidang keberhasilan. Terlalu banyak...lu orang cari sendiri..!!! 



Dari sudut sukan, Petronas F1, LIMA, Le Tour De Langkawi, Monsoon Cup, Sukan Komanwel, CIMB Asia Pacific Golf, Maybank Malaysia Open Golf. GLC spt Tabung Haji, Felda, Felcra, PNB, PERKIM, KLCC, Penang Bridge, KLIA, Putrajaya, Plus Highway, Telekom, TNB, POS Malaysia, Maybank, CIMB, Proton, Perodua, Modenas, Petronas dan puluhan lagi hasil kerajaan diterajui 


Ditubuhkan pulak Baitulmal, Mahkamah syariah, Pusat tahfiz, Universiti Islam, PERBANKAN ISLAM, wujudkan sekolah khas untuk anak yatim, Rumah anak-anak yatim, rumah warga emas, bantuan kepada fakir miskin, subsidi baja kepada petani, subsidi diesel kepada nelayan woooo...jahat sungguh Kerajaan BN..!!! 




Kerajaan BN. Ahli tetap OIC , Salurkan bantuan kepada Mujahideen Bosnia, Mujahideen Afghanistan, beri bantuan kepada jabatan agama Bosnia [melatih dan mengajar mufti ], wooooooo...sungguh kejam Kerajaan UMNO ni, pehhh, kezaliman yang melampau-lampau. Itu sebab satu dunia sudah cakap, BN kerajaan paling berjaya didalam dunia..!!! 


Kita tidak akan menghina org yang buruk...kita hina org yang bagus... kita makan burger 2 bijik setiap sorang sampai kenyang, kita salahkan UMNO... kenapa kalo makan mesti kenyang...cubala kalau lepas makan kita kesejukan ke..??? Kita dah boring asal makan kenyang. 

Ya Allah kejamnya kerajaan BN...takutnya aku, badan aku ni sampai kering kontang la UMNO tak bagi makan...duduk pun tak bebumbung, tidak sekolah anak-anak aku, UMNO tak pernah buat sekolah, yang ade pun untuk anak-anak UMNO aje, yang dapat Bonus pun geng-geng UMNO aje, yang dapat durian runtuh pun orang-orang UMNO aje, yang dapat kerjapun cuma orang-orang UMNO jer???


memang kroni betul la...kenapa KEJAM sangat nihhh...!!!



Credit to : Ahm Nasir - https://www.facebook.com/ina.muzaffarii


Wednesday 5 September 2012

Sang Saka Malaysia


 Sang Saka dan kemungkinan implikasi kepada Malaysia Baru baru ini kita di kejutkan dengan bendera "sang saka' yang di reka cipt...